" F A R A H A M I Z A H "

flaw

Hai Welcome Here

 photo 1c4bee7b-babd-4154-91b8-fef2b46e4815.jpg
" Assalamualaikum, Hi peeps! I'm Fara, owner of this cute blog. Forever 21. "

We can chatting here






kau ratu dihatiku ibu.}
Saturday, January 7, 2012 | 10:59 AM | 0Comment

PASHA UNGU _ DOA UNTUK IBU :')

IBU KU AZURA BINTI ABDUL JALIL.

Ibu 
Waktu itu mengujimu 
Ku kau gendong ke sana-sini 
Semakin hari semakin beban 
Namun bagimu ianya harapan 
Setelah sampai nisbah ketentuan tuhan 
10 hari dan sembilan bulan 
Bercucuran air mata kegembiraan 
Walaupun kesakitan memetir bak taufan 
Aku kau sayangi 
Aku kau kasihi 
Tak luak kasihmu ibu 
Tak lekang perhatian kau padaku 
Aku terus membesar 
Seiring masa yang beredar 
Kau sentiasa di sisi 
Memberi harapan pada diri ini 
yang kau harapkan sejak dulu 
Ibu 
Aku berjanji selagi dayaku 
Harapanmu pasti hidup 
Impianmu pasti mekar suatu hari nanti 
Takkanku biar kau diluka 
Oleh setiap perilaku ku 
Atau sesiapa jua yang ada kini 
Kau lah yang satu 
Wahai anak diluar sana 
Ibu tiada gantinya 
Dialah satu buat selamanya 
Walau apapun yang terjadi 
Jangan sekali kau guriskan 
Hati mereka yang mendatangkan 
Kau ke dunia ini 
Dengan segala payah dan sengsara 
Merekalah permata yang berharga 
Walau tercampak ke mana jua 
Takkan susut harganya 
Takkan hilang serinya 
Wahai ibuku 
Ku selalu mengharapkan 
Agar setiap masa kita bersama 
Aku sepi tanpamu 
Aku sunyi bila kau jauh 
Aku rindukan belainmu 
Oh ibu datanglah padaku 
Selagi nyawa ini bersatu dengan jasad 
Takkan sekali-kali kau kulupakan 
kerana matilah hatiku bila kau ku lupa 
hilanglah arahku bila kau tiada 
Ibu 
Kaulah satunya ibuku 
Oh tuhan 
Ibuku banyak berjasa padaku 
Kau lindungilah dia dari petaka 
Dunia dan akhirat sana 
Tak sanggup kulihat ibuku derita 
Pindahkanlah segala duka itu padaku 
Tak mampu aku menahan sebak 
Andai ibuku kau uji 
Sekali-kali air mataku mengalir 
Mengenang sakit dan derita yang ibu tanggung 
Semakinku kenang semakin ia bergenang 
Tuhan andai ibuku ada silapnya padamu 
Ampunilah dia, terimalah doaku buatnya 
Dia aku harapkan padamu 
Agar bersama mereka yang kau payungi 
Dengan rahmatmu yang maha luas 
Ibu 
Dengarlah... 
Andai sampai waktu tuhan menentukan 
Saat perpisahan yang pasti terjadi 
Samada aku atau kau 
Ingatlah hati ini telah terukir indah namamu 
Nama ibu yang aku rindu 
Nama ibu yang aku sayang 
Nama ibuku yang satu.


evendo ni sajak copy, and aku tak mampu buat sajak sendiri, but dis is what i feel rite now. :') i love my ibu..... thnx ibu for everything what u have done for me until now. akan ku balas jasamu, insyallah.....